Aura Wanita minggu ini lebih istimewa dari biasa kerana kita berpeluang bersama tetamu jemputan iaitu artis terkenal tanahair...Azharina Azhar yang ketika ini sedang meletup-letup dengan lagu "Rawan"nya.
Baru-baru ini akhbar Harian Metro di muka hadapan memaparkan tajuk mengenai seorang suami yang sanggup menyuntik isterinya dengan dadah ketika sedang tidur. Aduhai wanita, bayangkanlah...seorang suami yang sepatutnya melindungi isteri dan keluarganya, akhirnya menjadi seorang yang tidak berperikemanusiaan, sanggup memperlakukan demikian terhadap seorang isteri yang betul-betul mengharapkan perlindungan suami.
Satu lagi contoh yang diberikan oleh Azharina Azhar, rakannya sendiri pernah didera suami hingga terpaksa melarikan diri...menyorok sampai ke dalam hutan semata-mata kerana sudah tidak tahan dengan deraan suami.
Penderaan terhadap seorang isteri terbahagi kepada tiga; Penderaan Fizikal, Penderaan Mental dan Penderaan Seksual. Penderaan fizikal seperti mana yang kita ketahui dan seringkali berlaku ke atas wanita, seperti dipukul sehingga mengakibatkan kecederaan serius di anggota badan. Lebih menakutkan, ada yang sampai berbulan-bulan koma tidak sedarkan diri kerana kecederaannya terlalu serius. Di manakah perikemanusiaan seorang suami?
Penderaan mental...lebih tajam dari pedang yang mencederakan badan. Kesannya cukup mendalam hingga mampu buat wanita hilang segala kegembiraan hidup.
Penderaan seksual...yang ni paling susah untuk dibincangkan secara terbuka. Ada suami yang sanggup menjual isteri sendiri untuk memperolehi kehidupan mewah. Ada juga suami yang sanggaup 'memperkosa' isteri sendiri. Jangan tak percaya! Ia benar-benar berlaku.
Kesemua kes penderaan ini, kebanyakannya berpunca dari sifat cemburu yang terlampau. Tapi kenapa wanita masih sanggup berdepan dengan suami yang sebegini, sanggup menyiksa diri sendiri, sanggup diluka?
Thursday, April 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sekadar nak beri pandangan.... warna latar tukar ke warna yg lebih ceria.... warna ni mcm berkabung..... Thanks -acha,KL
ReplyDelete