Thursday, May 21, 2009

Keberanian, Kejaiban dan Keindahan

Dalam dunia ni ada macam-macam kejadian yang kadang-kadang akan menyebabkan kita rasa sungguh kerdil diri kita ini. Namun, di sebalik segala dugaan dan cabaran, sebagai wanita...kita harus lebih cekal, lebih berani dan lebih berusaha. Biarpun orang selalu kata, "Wanita itu makhluk yang lemah..." Buktikan, kita lebih kuat dan lebih berani biar apapun cabaran yang datang.

Wednesday, May 13, 2009

Aura Kuasa Dua

Secara eksklusifnya...Aura Wanita menampilkan 2 perantaranya untuk tatapan pelayar blog.


Dua DJ Aura Wanita bersama pasangan masing-masing....
DJ Wawa dan suami...Sulaiman
DJ Azura dan suami...Syed Tarmizi

Resepi Minggu Ini: Laksa Istimewa Azura

Haaaa...saya pasti, memang ramai yang suka makan laksa kan? Macam saya ni, memang hantu laksa sebenarnya. Tapi saya memang cerewet dengan 'rasa' laksa kalau beli kat mana-mana. Jadi, kalau tiba-tiba rasa teringin nak makan laksa, saya lebih suka masak sendiri. Biasanya kalau di kampung...saya akan masak banyak-banyak dan boleh hantar untuk jiran tetangga sekali.

Saya dah mula masak sendiri laksa dari zaman sekolah menengah lagi. Sehingga kini, laksa yang saya buat ni, dah jadi kegemaran keluarga dan kawan-kawan. Nak kata pakar dalam memasak laksa, tak juga tapi mungkin sebab saya cerewet bab 'rasa' ni, sebab tu saya cerewet juga dalam menyediakan bahan-bahannya supaya rasa yang terbit bila suapan pertama masuk ke mulut tu, menjadi ingatan sepanjang hayat...ewah!
Ok...orang kata, masakan sedap tapi tak kongsi dengan orang lain pun, tak guna juga kan? Oleh kerana tak dapat nak berkongsi makan laksa hasil air tangan saya, berkongsi resepi pun jadi lah kan...
RESEPI LAKSA ISTIMEWA AZURA (Untuk 4 orang)
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (Pilih ikan segar, belang kuning di badannya)
Daun kesum
Bunga Kantan
Asam Keping secukupnya
Bahan Kisar:
15-20 tangkai Cili Kering (ikut kepedasan yang anda inginkan)
4 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
Sedikit Belacan
Bahan Laksa:
1 Bungkus Laksa (Guna laksa basah)
Sedikit Timun (Potong memanjang macam french fries)
Sedikit Nenas (Potong sama macam timun)
Sedikit Bawang Besar (potong bulat nipis-nipis)
Sedikit Daun Salad (Potong nipis)
Sedikit cili merah atau cili padi (dihiris nipis bulat-bulat)
Telur Rebus (Dibelah dua)
Cara-Caranya:
  • Rebus ikan kembung sehingga ikan masak, api sederhana...jangan kuat ok? Air rebusan ikan juga jangan dibuang.
  • Setelah sejuk, asingkan tulang dan isinya, tapi tulang ikan jangan dibuang. Tulang ikan tu kita kisar halur dan tapis. Airnya tu masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
  • Kisar halus isi ikan dan masukkan ke dalam periuk berisi air rebusan ikan dan air dari tulang ikan.
  • Masukkan bahan-bahan kisar serta daun kesum dan bunga kantan yang dibelah empat. Kalau nak kuah yang sedap, daun kesum tu biar banyak sikit. Kemudian masukkan asam keping anggaran 5 keping. Ia bergantung pada kadar kemasaman yang anda suka. Kalau saya, saya memang suka laksa yang terasa masamnya.
  • Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perisa.
Ada satu rahsia untuk jadikan hidangan laksa anda jadi bertambah sedap. Kalau saya buat laksa, memang saya takkan ketinggalan untuk tambahkan benda ni iaitu SAMBAL SOTONG. Macam mana nak buat sambal sotong yang sedap ni? Jangan risau...saya akan berkongsi dengan anda resepinya....
RESEPI SAMBAL SOTONG ISTIMEWA AZURA
Bahan-Bahan:
1/2 kg Sotong (kalau dapat sotong yang kecil-kecil tu lagi bagus)
Bahan Kisar:
20-30 tangkai cili kering
2 biji Bawang Besar
5 biji Bawang Merah
2 biji Bawang Putih
Sedikit Air Asam Jawa
Garam dan Gula secukup rasa
Cara-caranya:
  • Tumis bahan kisar dalam minyak yang panas. Minyak tu banyak sikit pun tak apa sebab nak pastikan bahan kisar tu masak dengan elok. Jangan lupa masukkan air asam jawa.
  • Kemudian masukkan sotong. Kalau sotong tu besar, potong-potong la sikit. Tapi kalau sotong tu memang jenis yang kecil-kecil, tak perlu potong. Sotong kecil ni lebih sedap, lebih lemak dari sotong yang besar.
  • Biarkan sambal tu sedikit pekat, barulah masukkan garam, bahan perisa dan juga gula. Gula kena lebih sikit baru sedap nak dimakan dengan laksa nanti.
  • Bila sambal sotong sudah pekat dan sedikit kering, tutup api dan ketepikan.

Cara-cara menyediakan laksa:

  • Masukkan laksa ke dalam pinggan, letak timun, daun salad, nenas, bawang besar, cili merah dan juga telur rebus.
  • Tuangkan kuah laksa

  • Akhir sekali, letak sambal sotong yang kita masak tadi.

Haaaaa....dah sedia untuk dimakan. Kalau tak bubuh sambal sotong pun boleh. Memang kebiasaannya kita makan laksa tak bubuh pun sambal sotong kan? Tapi apa kata anda cuba resepi saya ni...bubuh sambal sotong, memang sedap! Kalau tak percaya, cubalah dulu!

Selamat mencuba!

Thursday, May 7, 2009

Salam Kasih Sewangi Kasturi buat mu, IBU.....





Telah datang seorang lelaki kepada
Rasulullah SAW, kemudian berkata:


"Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang
berhak aku layani dengan baik?"


Baginda menjawab: "Ibumu."


Orang itu bertanya lagi: "Kemudian siapa?"


Baginda menjawab: "Ibumu."


Orang itu bertanya lagi: "Kemudian siapa?"


Baginda menjawab lagi : "Ibumu."


Lalu orang itu bertanya lagi: "Kemudian siapa?"


Rasulullah SAW menjawab: "Ayahmu."


-Riwayat Abu Hurairah RA

Monday, May 4, 2009

Khasiat Air Kelapa

Selama ini, air kelapa hanya dikenali sebagai pelepas dahaga. Sedangkan, dalam larutannya, air buah kelapa ini mempunyai khasiat dan nilai gizi yang luar biasa. Bukan hanya unsur makro berupa nitrogen dan karbon, tetapi juga unsur mikro yang sangat diperlukan badan kita, ada dalam air kelapa.

Unsur nitrogen di dalamnya merupakan protein yang tersusun dari asam amino, seperti alanin, sistin, arginin, alin, dan serin. Berbanding asid amino yang terdapat dalam susu lembu, asid amino yang terkandung dalam air kelapa ternyata lebih tinggi.

Sementara unsur karbon dapat dijumpai dalam bentuk karbohidrat sederhana seperti glukosa, sukrosa, fruktosa, sorbitol, inositol, dan lainnya. Begitu pula dengan unsur mikro dalam air kelapa merupakan mineral yang diperlukan sebagai gantian ion dalam badan. Disebabkan itu, setelah minum air kelapa muda, badan kita terasa kembali segar.

Jika diteliti lebih jauh, air kelapa juga mengandung berbagai vitamin. Di antaranya vitamin C yang dominan, asid nikotinat, asid folik, asid pantotenat, biotin, serta riboflavin. Tak heran jika air kelapa juga dimanfaatkan sebagai bahan perubatan tradisional sekaligus kecantikan.



Jom kita lihat antara kegunaan air kelapa....
Bahan Perubatan


1. Meneutralkan Racun

Sudah lazim diketahui, air kelapa muda berkhasiat sebagai ubat berbagai jenis penyakit. Terutama untuk menetralkan racun dalam tubuh.

2. Kecacingan

Berikan larutan air kelapa muda yang diberi sedikit sari jeruk sitrun kepada anak yang kecacingan.

3. Melecur

Campur satu senduk teh serbuk kunyit dengan air kapur sirih. Tambahkan air kelapa, lalu sapukan pada bagian tubuh yang melecur atau terkena minyak dan air panas. Rasa panas akibat terbakar pun akan segera hilang dan tidak meninggalkan bekas melepuh.

4. Gatal-gatal
Simpan satu genggam beras dalam air kelapa muda yang masih ada dalam tempurung selama 6 - 7 jam. Jika sudah terasa masam, angkat. Lalu giling beras tadi hingga menjadi bubur halus. Sapukan pada bagian badan yang terasa gatal, ruam, luka, atau telapak kaki pecah-pecah. Lakukan setiap hari secara teratur selama 3 - 4 hari. Kulit pun akan sihat dan bebas dari gatal.


6. Demam Berdarah
Minumlah larutan campuran air kelapa muda hijau dengan air perahan jeruk nipis secara teratur sehari tiga kali. Tambahkan sedikit garam dan madu bila ada.

Ramuan Kecantikan

1. Menghilangkan Jerawat

Beri segelas air kelapa dalam bekas berisi parutan 3 ruas kunyit. Biarkan semalam dalam peti sejuk. Setelah itu, isi tiga senduk teh serbuk cendana ke dalamnya. Simpan lagi selama tiga hari, kemudian tapis ramuan dengan kain kasa. Sapupati larutan tersebut pada wajah yang berjerawat dua kali sehari sampai jerawat hilang.

2. Mencegah Kerutan Wajah

Wajah Anda berkerut? Cuci wajah dengan air kelapa, sekerap yang anda suka. Pasti wajah Anda akan lebih berseri.

3. Mencegah Ubanan


Anda berusia muda namun rambut banyak tumbuh uban? Cuba ambil satu senduk teh garam dapur dalam air kelapa hijau segar. Gunakan setelah diramas. Setelah itu, biarkan selama beberapa minit di kepala sambil diramas-ramas. Bilas dengan air bersih.

4. Ransangan Seksual

Campurkan air kelapa muda dengan sedikit madu lebah, lalu minum. Ramuan ini berkhasiat merangsang titik-titik seksual tubuh.


5. Suara Merdu


Agar suara Anda lebih merdu, cuba minum segelas air kelapa muda yang telah disimpan selama semalam. Lakukan selama seminggu.


* Tapi mak saya selalu pesan...pasangan yang sudah berkahwin, tidak digalakkan minum air kelapa. Alasannya berkaitan dengan hubungan intim suami-isteri. Sejauh mana kebenarannya, saya pun tak tau...

Thursday, April 23, 2009

Topik 23 April: Penderaan Terhadap Wanita

Aura Wanita minggu ini lebih istimewa dari biasa kerana kita berpeluang bersama tetamu jemputan iaitu artis terkenal tanahair...Azharina Azhar yang ketika ini sedang meletup-letup dengan lagu "Rawan"nya.

Baru-baru ini akhbar Harian Metro di muka hadapan memaparkan tajuk mengenai seorang suami yang sanggup menyuntik isterinya dengan dadah ketika sedang tidur. Aduhai wanita, bayangkanlah...seorang suami yang sepatutnya melindungi isteri dan keluarganya, akhirnya menjadi seorang yang tidak berperikemanusiaan, sanggup memperlakukan demikian terhadap seorang isteri yang betul-betul mengharapkan perlindungan suami.

Satu lagi contoh yang diberikan oleh Azharina Azhar, rakannya sendiri pernah didera suami hingga terpaksa melarikan diri...menyorok sampai ke dalam hutan semata-mata kerana sudah tidak tahan dengan deraan suami.

Penderaan terhadap seorang isteri terbahagi kepada tiga; Penderaan Fizikal, Penderaan Mental dan Penderaan Seksual. Penderaan fizikal seperti mana yang kita ketahui dan seringkali berlaku ke atas wanita, seperti dipukul sehingga mengakibatkan kecederaan serius di anggota badan. Lebih menakutkan, ada yang sampai berbulan-bulan koma tidak sedarkan diri kerana kecederaannya terlalu serius. Di manakah perikemanusiaan seorang suami?

Penderaan mental...lebih tajam dari pedang yang mencederakan badan. Kesannya cukup mendalam hingga mampu buat wanita hilang segala kegembiraan hidup.

Penderaan seksual...yang ni paling susah untuk dibincangkan secara terbuka. Ada suami yang sanggup menjual isteri sendiri untuk memperolehi kehidupan mewah. Ada juga suami yang sanggaup 'memperkosa' isteri sendiri. Jangan tak percaya! Ia benar-benar berlaku.

Kesemua kes penderaan ini, kebanyakannya berpunca dari sifat cemburu yang terlampau. Tapi kenapa wanita masih sanggup berdepan dengan suami yang sebegini, sanggup menyiksa diri sendiri, sanggup diluka?

Thursday, April 16, 2009

Selamat Datang Aduhai Wanita!


Aduhai para pendengar setia AURA WANITA di SELANGORfm...

Alhamdulillah, akhirnya Aura Wanita berjaya juga merealisasikan hajat untuk mempunyai laman blog kita sendiri bagi membincangkan isu-isu 'panas' kita sesama wanita. Namun demikian, kita tetap alu-alukan sebarang komentar dari sesiapa sahaja yang melayarinya.

Yang penting, kita bukan mahu menyalahkan sesiapa, tapi kita cuma mahu berkongsi perasaan, berkongsi apa saja sesama kita kaum wanita. So...apa lagi, ayuh wanita! Kita gabung tenaga dari wanita untuk wanita!

Ini sekadar perkenalan...selebihnya kita akan update lagi ok?

Yang penting, jangan lupa dengarkan Aura Wanita setiap hari Khamis, 9-12 malam di frekuensi 100.9fm....SELANGORfm "Bukan Sebarang Stesen!"

Buat anda yang berada di luar jangkauan frekuensi kami, boleh dengarkan menerusi lama sesawang kami di:

http://selangorfm.mmu.edu.my
Salam Sayang dari kami berdua....AZURA dan WAWA